Ahad, 11 Februari 2018 | 12:49am
FOTO hiasan.

27 maut kemalangan bas di Indonesia

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 27 orang maut dan 16 lagi cedera apabila sebuah bas membawa pelancong tempatan terbabit dalam kemalangan di Pulau Jawa, Indonesia, menurut polis, semalam.

Kemalangan itu berlaku apabila bas yang membawa sekurang-kurangnya 40 penumpang melanggar sebuah motosikal ketika sedang turun bukit di kawasan Subang, wilayah Jawa Barat sehingga menyebabkan kenderaan itu tergolek beberapa kali.

Kebanyakan penumpang bas dalam perjalanan ke sebuah kolam air panas itu adalah dari selatan Tangerang di wilayah Banten, Jawa.

Difahamkan, polis sedang menyiasat punca kemalangan, namun mereka mengesyaki brek kenderaan itu gagal berfungsi. - AFP

917 dibaca
Berita Harian X