Rabu, 10 Januari 2018 | 1:20pm
Dua wartawan Reuters, Kyaw Soe Oo (kanan) dan Wa Lone (kiri) tiba di Mahkamah Yangon, Myanmar. - Foto Reuters

Wartawan Reuters berdepan hukuman penjara

YANGON: Dua wartawan Reuters hari ini, didakwa atas tuduhan melanggar Akta Rahsia Rasmi, dan jika sabit kesalahan, kedua-duanya boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun.

"Pihak polis menfailkan kes ini mengikut Seksyen 3.1(c), Akta Rahsia Rasmi," kata seorang hakim mahkamah di sini, hari ini, di sebalik gesaan masyarakat antarabangsa yang mendesak kedua-dua wartawan itu dibebaskan.

Wa Lone, 31, dan Kyaw Soe Oo, 27, ditahan pada 12 Disember lalu. Mereka mendakwa dipelawa untuk menghadiri makan malam bersama-sama anggota polis ketika ditahan.

Kedua-dua wartawan itu membuat laporan bagi pihak Reuters berhubung krisis di Rakhine.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan kira-kira 655,000 etnik Rohingya melarikan diri ke negara jiran akibat keganasan tentera. - AFP/Reuters

685 dibaca
Berita Harian X