Khamis, 4 Januari 2018 | 7:03pm
SEORANG lelaki menerima rawatan pemutihan zakar di Hospital Lelux, Bangkok. - Foto AFP

Khidmat pemutihan zakar kegilaan terbaru di Bangkok

BANGKOK: Perkhidmatan pemutihan zakar disediakan sebuah klinik di sini yang berjaya menarik 100 pelanggan sebulan, menjadi kegilaan terbaru pengguna media sosial negara ini dan mula mencetuskan kebimbangan komuniti setempat.

Ia dipercayai dimulakan Hospital Lelux yang terkenal dengan rawatan pemutihan anggota badan sejak enam bulan lalu apabila seorang lelaki mengadu alat sulitnya berwarna terlalu gelap.

Pengurus Jabatan Kulit dan Laser hospital terbabit, Bunthita Wattanasiri, berkata rawatan berkenaan menjadi popular selepas itu dengan purata 100 pelanggan sebulan.

Prosedur pemutihan menggunakan teknologi laser itu menjadi pilihan ramai termasuk pengguna media sosial selepas foto pelanggan yang menjalani rawatan dimuat naik dalam internet.

"Kami perlu berhati-hati kerana ia anggota sensitif pada tubuh," kata Bunthita sambil menambah, sebahagian besar pelanggan berusia antara 22 hingga 55 tahun, termasuk dari kalangan golongan LGBT. - AFP

30292 dibaca
Berita Harian X