Khamis, 12 Oktober 2017 | 9:28pm
RODRIGO Duterte.- Foto AFP

Duterte ancam usir duta Eropah

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, hari ini mengancam mengusir duta Eropah, menuduh kerajaan mereka cuba membuatkan Manila disingkirkan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tetapi tanpa memberikan sebarang bukti dakwaan itu.

Dalam ucapannya, Duterte berkata beliau tidak akan bertolak ansur dengan kritikan Eropah berhubung kempen memerangi dadah dilakukannya, yang melihat polis membunuh sekurang-kurangnya 3,850 sejak mengambil alih jawatan 15 bulan lalu.

Kempen itu juga menyebabkan kumpulan hak memberi amaran mengenai kemungkinan berlakunya jenayah kemanusiaan.

Duterte menuduh Kesatuan Eropah campur tangan dalam hal ehwal dalaman Filipina, dan mendakwa ia mahu negara itu disingkirkan daripada PBB.

"Seperti kamu katakan kepada kami: 'Anda akan disingkirkan daripada PBB. Anak haram teruskan.

"Kamu memberikan wang kepada kami kemudian mula mengatur apa yang perlu dilakukan dan tidak sepatutnya berlaku di negara kami.

"Kamu tidak guna. Kita sudah melepasi fasa penjajahan. Jangan main-main dengan kami," katanya kepada wartawan, menambah negara Eropah mengambil kesempatan di atas kemiskinan Filipina.

Katanya, beliau sudah bersedia mengusir duta Eropah jika kerajaan mereka cuba menyingkirkan Filipina.

905 dibaca
Berita Harian X