Khamis, 5 Oktober 2017 | 3:58pm
PRESIDEN Joko 'Jokowi' Widodo terpaksa berjalan kaki dua kilometer di tengah panas untuk menghadiri perarakan tentera.- Foto AFP

Jokowi berjalan 2 km elak kesesakan trafik

JAKARTA: Kesesakan trafik teruk di Indonesia menjadi tatapan dunia, hari ini selepas Presiden Joko 'Jokowi' Widodo terpaksa berjalan kaki dua kilometer di tengah panas untuk menghadiri perarakan tentera.

Negara yang dipalit skandal rasuah itu adalah antara lokasi birokrasi paling tidak cekap di Asia dan kesesakan berlaku di kebanyakan bandar besar republik itu.

Kesesakan jalan raya yang teruk di negara itu digambarkan apabila Jokowi terpaksa berjalan lebih dua kilometer untuk menghadiri upacara menandakan ulang tahun ke-72 penubuhan tentera Indonesia.

Widodo dan pegawai kanan kerajaan terperangkap dalam kesesakan ketika mendekati perarakan tentera di Cilegon, bandar raya terletak kira-kira dua setengah jam pemanduan dari Istana Presiden di Jakarta.

"Selepas menunggu selama 30 minit, Presiden kemudian memutuskan untuk berjalan kaki," kata pengawal Jokowi, Ili Dasili, dalam kenyataan.

Ketua polis negara, Tito Karnavian, yang juga terkandas dalam kesesakan trafik menyertai Presiden.

Rakaman video menunjukkan presiden berjalan dengan pasukan kakitangan keselamatan manakala orang ramai menjerit dan melaungkan namanya. - AFP

2940 dibaca
Berita Harian X