Isnin, 2 Oktober 2017 | 1:15pm
SEORANG pembangun aplikasi telefon pintar Indonesia memperkenalkan aplikasi 'AyoPoligami' untuk memudahkan lelaki berpoligami. - Foto Reuters

'AyoPoligami' mudahkan lelaki tambah isteri

BOGOR: Seorang pembangun aplikasi telefon pintar Indonesia memperkenalkan aplikasi 'AyoPoligami' untuk memudahkan lelaki berpoligami.

Lindu Pranayama tampil dengan ilham itu apabila mendapati kebanyakan laman mencari jodoh tidak menyediakan perkhidmatan untuk lelaki yang sudah beristeri berkahwin lagi.

"Bila mereka menyertai laman mencari jodoh yang sedia ada, mereka tidak menemui pilihan untuk poligami.

"Mereka tidak menjumpai pilihan untuk mencari isteri kedua, ketiga atau keempat," katanya.

"AyoPoligami', aplikasi telefon pintar baharu yang dibangunkan Pranayama membuka ruang untuk lelaki dan wanita yang ingin mempunyai 'keluarga besar'.

Aplikasi itu mencetuskan kontroversi di Indonesia sejak ia dilancarkan pada April lalu. - REUTERS

4285 dibaca
Berita Harian X