Sabtu, 9 September 2017 | 2:58pm

Myanmar 'mula bantu' pelarian Rohingya

YANGON: Sejumlah kem akan dibina untuk menyediakan bantuan kepada pelarian Muslim di negeri Rakhine, lapor media kerajaan hari ini.

Kenyataan kali pertama seumpamanya itu dibuat Kerajaan Myanmar selepas 16 hari krisis terbaru di wilayah bergolak di utara negara itu yang kini dilanda keganasan.

Kira-kira 270,000 pelarian Rohingya melarikan diri sejak 25 Ogos lalu, susulan serangan tentera untuk membendung pemberontakan di seluruh Rakhine.

Difahamkan, mereka tiba di Bangladesh dalam keadaan lapar dan penat serta terpaksa memanfaatkan ruang yang ada di beberapa kem pelarian yang sudah sedia padat.

Puluhan ribu Rohingya dipercayai masih berada di Rakhine melarikan diri daripada kampung yang dibakar tentera dan penduduk Rakhine sendiri.

Etnik Rohingya menuduh mereka menyerang penduduk awam yang terperangkap di kawasan berbukit tanpa makanan, air, perlindungan atau perkhidmatan kesihatan. - AFP

3748 dibaca
Berita Harian X