Rabu, 2 Ogos 2017 | 7:57pm
PRESIDEN Filipina, Rodrigo Duterte.- Foto AFP

Duterte kata Kim Jong-un 'bodoh'

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte hari ini, menyifatkan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un sebagai 'bodoh' dan seorang 'anak haram', hanya beberapa hari sebelum Manila menjadi hos mesyuarat antarabangsa bagi membincangkan ujian peluru berpandu jarak jauh Pyongyang itu.

Malah, Duterte secara terang-terangan menegur Jong-un kerana 'bermain dengan permainan merbahaya', ketika mengatur pertemuan dengan Menteri-Menteri Luar dari semua negara yang mengecam pemimpin Korea Utara itu.

Korea Utara bertekad untuk membangunkan peluru berpandu nuklear yang mampu membedil Amerika Syarikat dan pegawainya di Washington berkata, ujian peluru berpandu balistik antara benua menunjukkan ia mungkin sampai di kebanyakan negara.

Duterte dilantik sebagai Pengerusi ASEAN sepanjang tahun ini dan Isnin depan, Manila akan menjadi tuan rumah Forum Serantau ASEAN yang membabitkan 27 negara, termasuk Jepun, Russia, Korea Utara, Korea Selatan dan Amerika Syarikat. - REUTERS.

6021 dibaca
Berita Harian X