Ahad, 16 Julai 2017 | 3:19pm

3 banduan maut ketika lari dari penjara


FOTO hiasan.

MANILA: Tiga banduan terbunuh dan seorang lagi cedera, hari ini selepas melarikan diri dari penjara polis di pulau selatan Filipina yang menjadi kubu kuat militan, kata pihak berkuasa.

Polis berkata, mereka adalah antara 14 tahanan yang melarikan diri daripada penjara polis di kawasan musnah akibat perang di Jolo.

Jolo adalah pangkalan militan Abu Sayyaf yang menculik dan menuntut tebusan.

Menurut Ketua Polis daerah, Superintendan Kanan Mario Buyuccan, beberapa tahanan itu disyaki mempunyai kaitan dengan militan itu.

"Mereka memotong jeriji besi penjara dan melompat dari tingkat dua ke bumbung bangunan dewan perbandaran bersebelahan.

"Beberapa tahanan, termasuk yang ada kaitan dengan Abu Sayyaf terbunuh dalam operasi mengesan dan memburu oleh tentera," kata Buyuccan. - AFP

Berita Harian X