Jumaat, 12 Oktober 2018 | 7:23am
DINA Powell. - Foto AFP

Powell tarik diri ganti Haley

WASHINGTON: Eksekutif Goldman Sachs, Dina Powell menarik diri daripada dipertimbangkan untuk menggantikan Nikki Haley sebagai Duta Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), kata sumber biasa dengan perkara itu semalam.

Powell memaklumkan Presiden Donald Trump menerusi telefon, beliau menghargai peluang dipertimbangkan untuk jawatan itu, namun tidak bercadang meninggalkan kerjayanya di Goldman Sachs, kata sumber kepada Reuters.

Trump berbincang dengan Powell mengenai jawatan itu sejak Haley mengumumkan rancangan meletak jawatan minggu ini. Powell sebelum itu berkhidmat dengan Trump di Rumah Putih sebagai Timbalan Penasihat Keselamatan Negara.

Ada tentangan dalam Rumah Putih terhadap kepulangan Powell dan seorang pegawai kanan pentadbiran memaklumkan Reuters, beliau tidak lagi dipertimbangkan untuk jawatan itu.

Rabu lalu, Trump berkata, beliau mencadangkan beberapa nama untuk tugas mewakili AS di PBB menggantikan Haley, yang mengumumkan peletakan jawatannya Selasa lalu. -Reuters

346 dibaca
Berita Harian X