Khamis, 11 Oktober 2018 | 9:57am
MIKE Pompeo. - Foto EPA

AS henti bantuan jika tentera Iran masih di Syria

WASHINGTON: Amerika Syarikat menolak untuk menyalurkan dana bantuan tambahan bagi membantu pembangunan Syria, selagi tentera Iran masih wujud di negara itu, kata Setiausaha Negara, Mike Pompeo.

“Jika Syria tidak memastikan semua tentera Iran keluar, mereka tidak akan menerima satu dolar pun daripada Amerika Syarikat untuk pembangunan semula negara,” kata Pompeo kepada kumpulan pro-Israel.

Bercakap kepada kumpulan pro-Israel, Pompeo berikrar untuk meneruskan usaha bersama Presiden Donald Trump mengenakan tekanan kepada Iran dengan melakukan beberapa sekatan paling keras dalam sejarah.

“Tanggungjawab untuk mengusir Iran daripada negara itu terletak di bahu kerajaan Syria yang sepatutnya dipertanggungjawab atas kehadiran mereka,” kata Pompeo kepada Institut Keselamatan Kebangsaan Yahudi Amerika.

Kenyataan Pompeo dibuat sejurus selepas pentadbiran Trump mengubah alasan pembabitan negara itu dalam perang saudara di Syria yang menurut pemerhati sudah membunuh hampir 365,000 orang sejak 2011. - AFP

423 dibaca
Berita Harian X