;
Selasa, 13 Februari 2018 | 12:04pm
FOTO hiasan.

Mexico tahan lebih 500 pendatang

MEXICO CITY: Pihak berkuasa Mexico menahan lebih 500 pendatang tanpa dokumen sepanjang minggu lalu, kebanyakan dari Amerika Tengah yang cuba masuk ke Amerika Syarikat.

Sebahagian besar pendatang yang ditahan dalam enam operasi berasingan itu diseludup masuk menggunakan trak yang tidak memiliki sistem pengudaraan, selain tanpa bekalan air dan makanan.

Lebih 200 daripada pendatang terbabit ditemui dalam keadaan bersesak di enam rumah perlindungan yang digunakan oleh kumpulan penjenayah di Tamaulipas, di sempadan Amerika Syarikat.

Pendatang itu dipercayai membayar sehingga AS$4,000 (RM15,763) untuk menyeberangi sempadan.

Difahamkan lebih 100 pendatang yang ditahan adalah kanak-kanak. - AFP

251 dibaca
Berita Harian X