Sabtu, 13 Januari 2018 | 12:21am
FOTO hiasan.

Pelajar bertudung diserang di Kanada

OTTAWA: Seorang pelajar perempuan di Toronto diserang semalam oleh lelaki yang cuba menggunting tudungnya dan kemudian melarikan diri, kata polis.

Pihak berkuasa menyiasat kejadian itu, yang berlaku pada jam 9 pagi waktu tempatan di atau sekitar sekolah Pauline Johnson di timur Toronto, kata jurucakap polis, Katrina Arrogante.

"Maklumat yang kami ada setakat ini adalah pelajar itu tidak cedera dan suspek melarikan diri," katanya.

Sekolah itu mempunyai hampir 300 pelajar tadika sehingga gred enam daripada pelbagai latar belakang budaya dan sosio-ekonomi.

Lebih dua pertiga bercakap menggunakan bahasa lain selain Inggeris. - AFP

1064 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »