Jumaat, 13 Oktober 2017 | 7:41am
PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump. - Foto Reuters

Trump dijangka hadkan program nuklear Iran

WASHINGTON: Donald Trump akan mengumumkan strategi memeriksa peningkatan kekuatan Iran secara lebih agresif, selepas menarik kelulusan presiden untuk perjanjian nuklear, selain menyasarkan program peluru berpandu serta proksi militan negara itu.

Dalam ucapan Rumah Putih yang dijadualkan pada jam 12.45 tengah hari waktu tempatan hari ini, Trump dijangka mengisytiharkan perjanjian 2015 yang mengehadkan program nuklear Iran sebagai balasan kepada pelbagai pelepasan sekatan.

Pegawai berkata, Trump tidak akan menghentikan perjanjian itu dengan jelas atau menyenaraikan Pasukan Penjaga Revolusi Islam yang berkuasa di Iran sebagai pertubuhan pengganas kerana tindakan itu bakal mencetuskan tindak balas.

Sebaliknya, beliau akan menyerahkan kepada pembuat dasar Amerika Syarikat (AS) memutuskan sama ada mahu menamatkan bahagian perjanjian dengan menarik balik pelepasan sekatan terhadap Iran.

Pembuat dasar AS kini menunggu Trump membentangkan pilihan yang ada, ketika tiada kesepakatan untuk menamatkan perjanjian itu walaupun dalam parti Republikan sendiri. - AFP

510 dibaca
Berita Harian X