Selasa, 10 Oktober 2017 | 10:11am
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran sebuah rumah di Napa. - Foto AFP

10 mati hutan terbakar di California

NAPA, California: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan lebih 20,000 penduduk terpaksa berpindah akibat kebakaran hutan di sini, kata pihak berkuasa.

Kebakaran yang bermula malam Ahad lalu diburukkan lagi dengan tiupan angin kencang selaju 80 kilometer sejam.

Pasukan bomba California berkata, kebakaran hutan itu sudah memusnahkan kawasan seluas 30,000 hektar.

"Pejabat Sheriff mengesahkan tujuh kebakaran mengorbankan nyawa yang disahkan pasukan bomba Sonoma. Takziah kepada keluarga dan rakan mereka," tulis Sheriff Sonoma.

Pada masa sama, kebakaran itu turut memusnahkan sekurang-kurangnya 1,500 bangunan dan memaksa negeri itu membuat pengisytiharan darurat di tiga daerah paling teruk dilanda kebakaran.

Kebanyakan kawasan yang terbakar membabitkan wilayah pengeluar wain terkenal.

Secara keseluruhan terdapat 14 kebakaran utama membabitkan daerah Napa, Sonoma dan Yuba. Ketiga-tiga daerah ini mendapat perlindungan atas perintah Gabenor Jerry Brown. - AFP

993 dibaca
Berita Harian X