Isnin, 9 Oktober 2017 | 8:29am

Alaska digegar gempa

WASHINGTON: Gempa bumi bermagnitud 6.6 melanda pantai barat Alaska tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa bumi berlaku pada kedalaman 111.8 kilometer dan 60 kilometer ke timur Pulau Buldir terpencil di kepulauan Aleutian, yang dihuni 8,000 penduduk.

"Secara keseluruhan, penduduk di wilayah itu menetap dalam struktur yang tahan goyang akibat gempa bumi, walaupun struktur lemah wujud," kata USGS.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak mengeluarkan sebarang amaran.

"Kadar kematian dan tahap kerosakan adalah rendah," kata USGS yang meletakkan kejadian itu pada tahap amaran hijau. - AFP

519 dibaca
Berita Harian X