Selasa, 12 September 2017 | 10:27am
TENTERA Venezuela. - Foto AFP

11 terbunuh dalam pertempuran di Venezuela

CARACAS: Seramai 11 orang maut dalam pertempuran dengan pihak tentera di tenggara Venezuela, iaitu lokasi terletaknya lombong emas yang kini dikawal sekumpulan penjenayah.

"Pertempuran berlaku pada Ahad lalu di bandar Tumeremo ketika sepasukan anggota tentera membuat rondaan susulan laporan kewujudan satu organisasi bersenjata di kawasan itu.

"Mereka kemudiannya dikejutkan dengan kehadiran sekumpulan individu tidak dikenali, sebelum pertempuran tercetus.

"Insiden itu turut menyebabkan 11 lelaki terkorban, selain seorang anggota tentera yang dilaporkan cedera," kata pejabat pendakwa raya kebangsaan dalam satu kenyataan.

Pada 14 Ogos lalu, lapan orang terbunuh dalam kejadian membabitkan sekumpulan penjenayah dan pasukan peronda dianggotai tentera dan polis di sebuah bandar berhampiran El Callao. - AFP

296 dibaca
Berita Harian X