Selasa, 12 September 2017 | 6:51am

PBB lulus sekatan ke atas Pyongyang

NEW YORK (PBB): Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam, sebulat suara mengguna pakai resolusi yang digubal Amerika Syarikat untuk menguatkuasa sekatan baharu ke atas Korea Utara berikutan ujian nuklear keenam dan terbesar yang dilancarkan, baru-baru ini.

Undian 15-0 yang mendapat sokongan China dan Russia bakal menyekat eksport tekstil dan mengehadkan penghantaran produk minyak ke Korea Utara. - AFP

1991 dibaca
Berita Harian X