Selasa, 12 September 2017 | 1:00am
Foto EPA

Taufan Irma: 6.2 juta penduduk bergelap

MIAMI: Taufan Irma terus membadai beberapa bahagian di Florida, dengan angin kencang dan hujan lebat menyebabkan 6.2 juta penduduk bergelap.

Angka kematian meningkat kepada sekurang-kurangnya 40, dengan 10 kematian dilaporkan di Cuba, hujung minggu lalu.

Mangsa di Cuba terbunuh atas pelbagai sebab daripada terkena kejutan elektrik hingga lemas, bangunan runtuh dan balkoni menimpa bas, kata pihak berkuasa di negara itu.

Penduduk Florida juga mula menilai kerosakan dialami, yang tidak seteruk seperti jangkaan awal.

Kekuatan angin maksimum menurun kepada 110 kilometer sejam menjelang jam 8 pagi waktu tempatan. - AFP

675 dibaca
Berita Harian X