Ahad, 10 September 2017 | 9:11pm
GEMPA bumi 8.1 magnitud memusnahkan sebahagian besar kawasan di Mexico.- Foto AFP

Angka maut gempa Mexico meningkat 90

MEXICO CITY: Jumlah kematian berikutan gempa bumi kuat yang melanda Mexico, Khamis lalu dilaporkan sudah meningkatkan kepada sekurang-kurangnya 90 orang.

Pertambahan angka berkenaan diumumkan selepas perkhidmatan kecemasan di Oaxaca memaklumkan 71 kematian disahkan di negeri itu sahaja.

"Jumlah kematian di Oaxaca sahaja ialah 71 orang," kata jurucakap pihak berkuasa perlindungan awam negeri, Jesus Gonzalez.

Sekurang-kurangnya 15 orang maut di negeri jiran, Chiapas, kata pihak berkuasa tempatan, sementara empat lagi kematian disahkan di Tabasco di bahagian utara.

Gempa bumi 8.1 magnitud yang berlaku di pesisir Chiapas, Khamis lalu dilaporkan lebih kuat daripada bencana pada 1985 yang memusnahkan sebahagian besar kawasan di Mexico selain mengorbankan ribuan mangsa. - Reuters

187 dibaca
Berita Harian X