Jumaat, 8 September 2017 | 10:08pm
ORANG awam berkumpul di luar bangunan susulan gempa bumi bermagnitud 8.0 landa Mexico City. - Foto AFP
ORANG awam berkumpul di luar bangunan susulan gempa bumi bermagnitud 8.0 landa Mexico City. - Foto AFP

TERKINI: Angka maut gempa Mexico kini 32 orang

MEXICO CITY: Angka kematian akibat gempa bumi kuat di Mexico meningkat kepada 32 orang, kata Gabenor di negeri selatan Oaxaca hari ini.

Alejandro Murat memaklumkan stesen televisyen tempatan, 17 kematian direkodkan di bandar tenggara Juchitan.

Perkhidmatan Seismologi Mexico berkata, gempa itu menggegarkan kawasan luar pantai Pasifik jam 11.49 malam waktu tempatan sejauh 100 kilometer dari bandar tepi pantai Tonala di negeri selatan Chiapas.

Terdahulu, Presiden Mexico Enrique Pena Nieto berkata, gempa magnitud 8.1 itu adalah paling kuat pernah melanda negara itu dalam tempoh 100 tahun.

Gegaran akibat gempa itu dirasai sejauh Guatemala.

"Ia adalah gempa bumi paling kuat dari segi skala dan magnitud, terkuat sejak 100 tahun lalu," kata Nieto dalam ucapan dari ibu pejabat Pusat Pencegahan Bencana Kebangsaan, di mana beliau menyelia tindak balas kecemasan. - AFP

438 dibaca
Berita Harian X