Ahad, 13 Ogos 2017 | 10:09pm

Ivanka kutuk keganasan di Charlottesville

WASHINGTON: Anak perempuan Presiden Donald Trump, Ivanka, hari ini mengutuk keganasan di Charlottesville, Virginia dengan merayu perpaduan, berkata 'tiada tempat dalam masyarakat untuk rasisme, pelampau kulit putih dan neo-nazi'.

Seorang wanita terbunuh dan 19 cedera di universiti semalam apabila sebuah kereta merempuh orang ramai selepas tunjuk perasaan pelampau kulit putih bertukar ganas.

Trump yang mempunyai pengikut dalam kalangan kumpulan pelampau kulit putih yang tertarik dengan retoriknya, dikecam kerana menyalahkan keganasan di Charlottesville atas kebencian dan ketaasuban 'banyak pihak'.

"Tidak perlu ada tempat dalam masyarakat bagi rasisme, pelampau kulit putih dan neo-nazi.

"Kita perlu bersatu sebagai rakyat Amerika Syarikat, dan bersatu sebagai negara. #Charlottesville," kata Ivanka.

- AFP

Berita Harian X