Ahad, 13 Ogos 2017 | 7:49am
PENGAWAL keselamatan di Virginia State berkawal di tempat kejadian tunjuk perasaan pelampau berhaluan kanan di Charlottesville, Virginia, A.S. - Foto REUTERS
PENDUDUK berhimpun di Charlottesville, Virginia. - Foto AFP
POLIS tempatan memeriksa lokasi kejadian. - Foto EPA

Tiga maut tunjuk perasaan bertukar ganas

CHARLOTTESVILLE (AMERIKA SYARIKAT) : Jumlah kematian akibat keganasan yang tercetus dalam tunjuk perasaan pelampau berhaluan kanan semalam meningkat kepada tiga orang.

Pengurus bandar, Maurice Jones dalam sidang media berkata, terdapat segelintir peserta yang datang semata-mata untuk mencetuskan kekacauan dan keganasan hingga meragut tiga nyawa.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Charlottesville, Al Thomas berkata, seorang wanita berusia 32 tahun maut apabila dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan di sebuah persimpangan.

"Pemandu kereta itu, seorang lelaki kini berada dalam tahanan polis dan kejadian itu disifatkan sebagai satu kes jenayah," katanya.

Maklumat lanjut mengenai dua lagi mangsa yang maut masih belum diketahui.

Sehingga lewat tengah hari semalam, sekurang-kurangnya 35 orang menerima rawatan akibat pelbagai peringkat kecederaan, termasuk parah. - AFP

533 dibaca
Berita Harian X