Sabtu, 12 Ogos 2017 | 9:55am

1 maut gempa di selatan Peru

LIMA: Seorang maut dan dua lagi cedera akibat tanah runtuh susulan gempa bumi berskala 5.6 Richter di selatan Peru.

Gabenor Arequipa, Yamila Osorio menerusi Twitter miliknya berkata, pihak berkuasa kini sedang membersihkan tanah runtuh yang menjejaskan jalan raya terbabit.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, kedalaman gempa adalah 41 kilometer di bawah permukaan laut. - REUTERS.

132 dibaca
Berita Harian X