Jumaat, 11 Ogos 2017 | 9:57am
PAUL Manafort.- Foto fail AFP

Manafort lantik peguam baru

WASHINGTON: Bekas pengurus kempen Donald Trump, Paul Manafort, melantik pasukan undang-undang baharu untuk mewakilinya sebagai peguam kerajaan yang menyiasat kemungkinan campur tangan Russia dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) 2016.

Jurucakapnya, Jason Maloni, mengesahkan perkara itu.

Maloni berkata, sebelum ini, firma guaman WilmerHale dijadual menemui penyiasat bagi pihak Manafort, tetapi hubungan itu sudah berakhir.

"WilmerHale tidak lagi mewakili Manafort," katanya dalam satu kenyataan.

"Manafort dalam proses mendapatkan semula bekas peguamnya, Miller & Chevalier, untuk mewakilinya di pejabat penyiasatan peguam khas," menurut kenyataan itu.

Richard Hibey dari Miller & Chevalier sebelum ini mewakili Manafort.

Awal minggu ini, sumber mengesahkan ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menyerbu rumah Manafort di Virginia dan menyita dokumen dan bahan lain sebagai sebahagian daripada siasatan. - Reuters

174 dibaca
Berita Harian X