Khamis, 10 Ogos 2017 | 7:33am
PEMANDANGAN luar Kedutaan A.S di Havana, Cuba.- Foto fail Reuters

AS musykil diplomat sakit misteri

WASHINGTON/HAVANA: Amerika Syarikat (AS) memecat dua diplomatnya di Cuba, Mei lalu susulan insiden misteri yang mengakibatkan gejala fizikal dalam kalangan kakitangan di kedutaan negara itu di Havana.

Ia termasuk kehilangan pendengaran, kata seorang pegawai yang tidak mahu dikenali.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Heather Nauert, berkata keadaan sebenar insiden belum jelas, namun warga AS yang berkhidmat di Cuba terpaksa kembali ke Washington atas alasan masalah kesihatan yang tidak mengancam nyawa.

AS mula mengetahui mengenai isu di kedutaan itu akhir tahun lalu, katanya.

"Kami tidak mempunyai jawapan pasti mengenai sumber atau punca insiden berkenaan. Ia menyebabkan pelbagai gejala fizikal dalam kalangan warga AS yang bekerja untuk kerajaan dan kami memandang serius insiden ini.

"Siasatan sedang dijalankan," katanya.

AS meminta dua pegawainya di Cuba meninggalkan negara itu pada 23 Mei lalu dan mereka sudah berbuat demikian.

Seorang pegawai kerajaan AS berkata, beberapa rakan sekerja di Havana dipindahkan kembali ke AS berikutan masalah pendengaran dan gejala lain sejak enam bulan lalu.

Sebahagiannya terus mendapatkan alat bantuan pendengaran, kata pegawai itu, yang enggan dikenali. - Reuters

4344 dibaca
Berita Harian X