Khamis, 17 Mei 2018 | 5:48pm
KETUA Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus. - Foto Reuters

Penularan Ebola membimbangkan - WHO

GENEVA: Penularan Ebola di Republik Demokratik Congo sudah merebak ke bandar raya, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini, meningkatkan kebimbangan virus bahaya itu mungkin terbukti sukar dikekang.

"Satu kes baru virus Ebola disahkan di Wangata, satu daripada tiga zon kesihatan Mbandaka, bandar raya dihuni hampir 1.2 juta penduduk di Wilayah Equateur di barat laut negara itu," kata WHO dalam kenyataan.

Penularan itu, yang diisytiharkan secara terbuka pada 8 Mei lalu, sebelum ini dilaporkan di kawasan pedalaman Equateur yang terletak 150 kilometer dari Mbandaka.

"Ini perkembangan membimbangkan," kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, dalam kenyataan.

Agensi itu berkata, ia menempatkan 30 pakar di Mbandaka untuk memantau keadaan di bandar raya itu.

Empat puluh kes dilaporkan dalam penularan Ebola setakat ini, termasuk tiga yang disahkan, 20 kemungkinan dan 21 kes disyaki. - AFP

239 dibaca
Berita Harian X