Rabu, 16 Mei 2018 | 6:20pm
ZIMBABWE mengeluarkan stesen penyiaran televisyen kedua kepada kumpulan akhbar milik negara. - Foto hiasan

Zimbabwe tamat monopoli ke atas media

HARARE: Zimbabwe mengeluarkan stesen penyiaran televisyen kedua kepada kumpulan akhbar milik negara, dalam usaha kerajaan mengurangkan monopoli ke atas media penyiaran, menjelang pilihan raya yang diramal beberapa bulan lagi.

Zimbabwe Newspapers, yang memiliki beberapa syarikat akhbar dan stesen radio antara terbesar di negara itu, mengesahkan bahawa mereka sudah menerima lesen penyiaran televisyen daripada Pihak Berkuasa Penyiaran Zimbabwe (BAZ).

Namun, pegawai BAZ gagal dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Perbadanan Penyiaran Zimbabwe, yang juga dikuasai kerajaan adalah satu-satu pemegang hak penyiaran di negara itu sejak ia mencapai kemerdekaan dari Britain pada 1980.

Sebelum ini, media milik kerajaan sering berdepan kritikan kerana menyiarkan laporan berat sebelah dan sering memihak kepada Presiden Emmerson Mnangagwa dan parti ZANU-PF pimpinannya.

Keputusan BAZ itu juga dijangka meningkatkan tekanan kepada kerajaan untuk mengeluarkan lebih banyak lesen penyiaran bebas. - Reuters

149 dibaca
Berita Harian X