Khamis, 5 April 2018 | 5:09pm

12 maut, 46 cedera apabila bas, trak bertembung

NAIROBI: Seramai 12 orang maut, manakala 46 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas dan trak di utara Tanzania.

Trak yang bertembung dengan bas berkenaan dipercayai membawa muatan kentang ketika kejadian berlaku.

Sementara itu, jurucakap polis trafik berkata, kemalangan itu berlaku pada lewat petang semalam, di Makomero dalam wilayah Tabora.

"Seramai 12 orang dilaporkan maut, 10 meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala dua mangsa meninggal dunia ketika dipindahkan ke hospital," kata jurucakap itu. - AFP

295 dibaca
Berita Harian X