Khamis, 8 March 2018 | 11:27pm
MENTERI Kesihatan Afrika Selatan, Aaron Motsoaledi. - Foto AFP

Kami sedia beri bantuan: Afrika Selatan

CAPE TOWN: Menteri Kesihatan Afrika Selatan, Aaron Motsoaledi, berkata kerajaannya sedia memberi sokongan dan bantuan kepada mana-mana pihak yang ingin mengambil tindakan mahkamah susulan penularan wabak listeria, yang sudah mengorbankan 180 mangsa sejak Disember lalu.

"Kami sedia menyalurkan segala maklumat yang diperlukan oleh mana-mana pihak yang ingin mengemukakan litigasi,... semua data, kami akan menawarkan segala kepakaran ke proses litigasi," kata Motsoaledi kepada Parlimen. - Reuters

530 dibaca
Berita Harian X