Sabtu, 3 March 2018 | 12:10am
28 terkorban dalam serangan semalam ke atas ibu pejabat tentera di Burkina Faso. - Foto AFP

28 maut serangan di Burkina Faso

PARIS: Sekurang-kurangnya 28 terkorban dalam serangan semalam ke atas ibu pejabat tentera di Burkina Faso, kata tiga sumber keselamatan iaitu dua di Perancis dan satu di Afrika Barat.

Dua sumber berkata, 28 maut dan yang ketiga berkata sekurang-kurangnya 30 terbunuh dalam serangan di bandar raya Ouagadougou.

Dalam serangan serentak itu, Kedutaan Perancis turut menjadi sasaran, menyebabkan enam penyerang terbunuh, kata kerajaan Burkina Faso. - AFP

349 dibaca
Berita Harian X