Khamis, 5 Oktober 2017 | 10:38pm
Pegawai berkhidmat di Misi Penstabilan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Republik Demokratik Congo (MONUSCO) dari Pakistan meronda jalan-jalan di Uvira, Kivu Selatan, di Republik Demokratik Congo. - Foto REUTERS

10 militan maut serangan tentera di Congo

GOMA: Sepuluh militan terbunuh hari ini selepas pihak tentera melancarkan serangan pada awal subuh di timur wilayah terpencil di Republik Demokratik Congo (DRC), kata seorang jurucakap tentera.

Pegawai berkata, serangan menyasarkan sebuah kumpulan dikenali sebagai Mai-Mai Mazembe, yang menduduki Kapanga, sebuah daerah terletak di Lubero yang bersempadan dengan Uganda.

"Mereka berjaya ditumpaskan. Kami menjumpai 10 mayat," kata jurucakap tentera di wilayah utara Kivu, Leftenan Jules Tshikudi memberitahu AFP.

"Dua tentera turut cedera dalam pertempuran itu. Keadaan di kawasan itu kini terkawal dan kami sedang melakukan operasi pembersihan," katanya.

Lubero terletak kira-kira 300 kilometer di utara ibu negara Goma, di Utara Kivu. AFP.

190 dibaca
Berita Harian X