Isnin, 2 Oktober 2017 | 10:50pm
ANGGOTA penyelamat tiba di lokasi tembakan di Las Vegas. - Foto Reuters

Daesh dakwa bertanggungjawab insiden tembakan rambang

KAHERAH: Militan Daesh mendakwa bertanggungjawab ke atas insiden tembakan rambang yang mengorbankan sekurang-kurangnya 50 orang dan mencederakan lebih 400 yang lain di Las Vegas awal hari ini.

Kumpulan berkenaan turut mengatakan bahawa penyerang itu baharu saja memeluk Islam beberapa bulan lalu.

"Serangan di Las Vegas dilakukan oleh seorang askar Daesh dan dia melaksanakannya sebagai memenuhi seruan untuk menyasarkan negara gabungan," kata agensi berita kumpulan itu, Amaq merujuk kepada gabungan diketuai Amerika Syarikat yang melancarkan serangan ke atas kumpulan itu di Asia Barat.

"Penyerang Las Vegas itu memeluk Islam beberapa bulan lalu," tambah Amaq. - Reuters

2157 dibaca
Berita Harian X