Khamis, 28 September 2017 | 11:43pm
TUJUH dilaporkan terbunuh selepas sebuah kereta meletup berhampiran perhentian bas, di sini, hari ini.- Foto Reuters

7 maut dalam letupan kereta

MOGADISHU: Tujuh dilaporkan terbunuh selepas sebuah kereta meletup berhampiran perhentian bas, di sini, hari ini.

Jurucakap polis, Mejar Nur Hussein, yang dihubungi Reuters menerusi telefon berkata,

setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

Bagaimanapun, kumpulan militan al Shabaab sering melakukan aktiviti pengeboman di Mogadishu dan bandar lain bagi menjejaskan kestabilan kerajaan pusat yang pro-Barat.

"Angka kematian dijangka meningkat," katanya. - REUTERS

149 dibaca
Berita Harian X