Sabtu, 16 September 2017 | 12:30am

33 maut bot terbalik di Nigeria

KANO: Sekurang-kurangnya 33 penumpang lemas selepas sebuah bot yang membawa pedagang dari Niger terbalik dalam insiden di barat laut Nigeria, lapor Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (NEMA) kepada AFP, semalam.

Penyelaras NEMA, Suleiman Mohammed Karim, berkata kejadian itu berlaku di kawasan terpencil di Kebbi pada awal pagi Rabu lalu.

"Seramai 33 mayat berjaya dikeluarkan daripada sungai, manakala 23 penumpang lagi masih hilang. Kami mengandaikan mereka supaya terkorban," kata Suleiman. - AFP

100 dibaca
Berita Harian X