Isnin, 4 September 2017 | 11:40pm

8 pelombong emas maut dipanah petir

BUNIA: Sekurang-kurangnya lapan maut akibat dipanah petir ketika sedang melombong emas di Republik Demokratik Congo hari ini.

Pegawai daerah, Christophe Ikando berkata, tragedi berlaku ketika hujan lebat di bandar timur laut Dungu dalam wilayah Haut-Uele berhampiran sempadan Sudan Selatan.

"Seramai 30 pelombong dipanah petir termasuk tujuh yang maut serta merta manakala mangsa kelapan meninggal dunia ketika dirawat di hospital," katanya.

Menurut kumpulan hak asasi manusia, serangan seperti itu adalah pemandangan biasa di rantau timur kaya emas.

Tahun lalu, sekumpulan murid sekolah rendah dipanah petir, menyebabkan tiga daripada mereka maut manakala beberapa guru pengiring dilaporkan cedera. - AFP

339 dibaca
Berita Harian X