Jumaat, 11 Ogos 2017 | 11:49pm

TERKINI: 36 maut nahas kereta api Mesir

KAHERAH: Angka kematian akibat pertembungan dua kereta api di Iskandariah, Mesir hari ini meningkat kepada 36 orang.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan berkata, nahas itu turut mencederakan 123 lain.

Televisyen tempatan, memetik pegawai kementerian pengangkutan dilaporkan berkata, nahas itu kemungkinan disebabkan kegagalan satu daripada kereta api menyebabkannya terhenti tiba-tiba di landasan. Ia kemudian dirempuh kereta api lain. - AFP

895 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »