Selasa, 6 March 2018 | 9:38pm
PLATFORM e-dagang, Shopee, menjalin kerjasama dengan honor Malaysia bagi membolehkan pengguna membeli telefon pintar honor 9 Lite dengan harga istimewa RM699 pada 9 Mac ini. - Foto Eizairi Shamsudin

Shopee tawar honor 9 Lite pada harga istimewa

KUALA LUMPUR: Platform e-dagang, Shopee, menjalin kerjasama dengan honor Malaysia bagi membolehkan pengguna membeli telefon pintar honor 9 Lite dengan harga istimewa RM699 pada 9 Mac ini.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho, berkata, honor adalah jenama terbaharu yang menyertai Shopee Mall dan kerjasama berkenaan memberi peluang kepada kira-kira sembilan juta pengguna Shopee di Malaysia membeli telefon pintar 4-kamera itu pada harga istimewa berbanding harga pasaran RM749.

"Sejak beberapa tahun lalu, Shopee menyaksikan pertumbuhan bilangan pengguna yang membeli produk elektronik secara dalam talian, khususnya telefon pintar dan kerjasama dengan honor ini dapat menawarkan pelbagai lagi pilihan kepada pengguna," katanya dalam satu kenyataan.

Ian berkata, bagi 2018, Shopee optimis mengukuhkan lagi usahasama strategik dengan pelbagai jenama terkemuka dengan menjual produk mereka menggunakan platform Shopee.

"Sebagai pemain e-dagang utama di rantau ini, kami mahu membantu lebih banyak jenama meluaskan rangkaian dalam talian mereka dan mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan pangkalan pengguna yang lebih besar", katanya. -BERNAMA

780 dibaca
Berita Harian X