Sabtu, 9 September 2017 | 1:33am

Pelapik siri Pro-Tek tepati keperluan

CITA rasa dan kehendak pemilik gajet ketika ini memang berbeza-beza.

Begitulah juga dengan keperluan untuk memiliki pelapik bagi melindungi gajet kesayangan seperti iPad Pro bersaiz 10.5 inci.

Untuk itu, Targus muncul dengan pelapik siri Pro-Tek yang ternyata mengetengahkan perlindungan dengan sentuhan kejuruteraan terkini bagi memastikan pemilik iPad Pro sentiasa tenang dan yakin ketika membawa gajet pada setiap masa.

Pelapik berkenaan direka bagi mudah untuk dipegang dan kalis air serta memastikan penutup magnetik berfungsi memberi perlindungan terhadap skrin.

Bahagian depan pelapik siri Pro-Tek pula boleh diubah menjadi pemegang untuk sudut tatapan yang tidak terbatas dan kedudukan menaip yang selesa serta perlindungan permukaan 3D.

Sama seperti pelapik siri VersaVu, Pro-Tek turut didatangkan dengan perlindungan gred tinggi sekiranya gajet terjatuh pada ketinggian 1.2 meter.

Pelapik siri Pro-Tek didatangkan dengan warna hitam, biru dan merah yang dijual pada harga RM159.

198 dibaca
Berita Harian X