Isnin, 4 September 2017 | 5:08pm
RICHARD Yu ketika memperkenalkan Huawei Kirin 970 pada pameran elektronik pengguna IFA di Berlin. - Foto EPA

Cip Huawei setanding Apple, Samsung

BERLIN: Huawei menggunakan ciri pintar pada cip bagi telefon pintar baharunya yang akan dilancarkan bulan depan.

Ketua Eksekutif Perniagaan Pengguna Huawei, Richard Yu, mendedahkan cip telefon baharu yang berkuasa itu akan digunakan pada Mate 10 dan telefon mewah lain untuk pemprosesan lebih pantas dan penggunaan kuasa yang lebih rendah.

Huawei akan melancarkan Mate 10 dan Mate 10 Pro di Munich pada 16 Oktober, kata Yu.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai ciri terbaharu peranti itu, namun ia dijangka dikeluarkan dengan skrin paparan enam inci.

Yu percaya cip dengan kelajuan Kirin 970 dan kuasa rendah mampu menterjemahkannya kepada ciri yang mampu mengatasi siri Apple iPhone 8, yang akan dilancarkan pada 12 September dan rangkaian telefon Samsung yang diumumkan tahun ini.

Huawei adalah pembuat telefon pintar ketiga di belakang Samsung dan Apple.

"Berbanding Samsung dan Apple, kami mempunyai kelebihan.

"Pengguna berada dalam prestasi lebih pantas, hayat bateri lebih lama dan reka bentuk lebih padat," " katanya dalam satu temu bual pada pameran elektronik pengguna IFA di Berlin.

Syarikat itu menegaskan, cip Kirin 970 itu akan memanjangkan hayat bateri telefon sehingga 50 peratus.

Huawei berkata, cip baharu itu adalah Unit Pemprosesan Neutral (NPU) pertama untuk telefon pintar.

Ia menyatukan pengkomputeran klasik, grafik, imej dan kuasa pemprosesan isyarat digital yang biasanya memerlukan cip berasingan, memerlukan lebih banyak ruang dan interaksi perlahan.

Kirin 970 direka oleh perniagaan reka bentuk cip HiSilicon Huawei dan dibina menggunakan 10 jalur pengeluaran nanometer paling maju. - REUTERS

2165 dibaca
Berita Harian X