Khamis, 17 Mei 2018 | 6:48pm

Bursa Malaysia ditutup rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, dengan pasaran berehat, berlatarbelakangkan pengumuman keluaran dalam negara kasar suku pertama.

Pada penutup, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.82 mata kepada 1,854.44 berbanding 1,858.26 pada penutupan Rabu.

Indeks dibuka 6.52 mata lebih tinggi kepada 1,864.78 dan bergerak antara 1,854.44 dan 1,867.09 di sepanjang hari.

Ekonomi Malaysia meningkat 5.4 peratus dalam suku pertama tahun ini, rendah sedikit daripada 5.6 peratus yang direkodkan dalam tempoh yang sama pada 2017.

Namun, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata negara terus mencatatkan peningkatan dalam aktiviti sektor swasta selain sokongan kukuh daripada eksport bersih.

Ia berkata institusi kewangan domestik juga menunjukkan daya tahan dengan kualiti aset yang mantap, keuntungan yang kukuh dan mudah tunai yang lebih daripada mencukupi.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB susut empat sen kepada RM10.82 dan RM6.81, Public Bank susut 16 sen kepada RM24.34, TNB turun dua sen kepada RM15.90 and Petronas Chemicals menokok enam sen kepada RM8.68.

Antara saham aktif, MyEG susut 36.5 sen kepad 90.5 sen, Sapura Energy turun 4.5 sen kepada 76.5 sen, Nexgram turun 1.5 sen kepada 3.5 sen, George Kent susut 43 sen kepada RM1.51 manakala Netx tidak berubah pada tiga sen.

Kedudukan pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 570 berbanding 437, manakala 334 kaunter tidak berubah, 541 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.32 bilion unit bernilai RM3.78 bilion berbanding 3 bilion unit bernilai RM2.911 bilion semalam.

Indeks FBM Emas turun 56.36 mata kepada 12,894.01, FBM Ace jatuh 105.65 mata kepada 5,390.31 dan Indeks FBMT 100 turun 60.11 mata kepada 12,687.83.

Indeks FBM Emas Shariah turun 96.25 mata kepada 12,973.95 dan FBM 70 susut 188.23 mata kepada 15,067.26.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan turun 55.15 mata kepada 18,319.57 manakala Indeks Perladangan susut 77.07 mata kepada 7,935.74.

Indeks Perusahaan menambah 12.85 mata kepada 3,301.28.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 2.28 bilion saham bernilai RM3.63 bilion, berbanding 2.09 bilion saham bernilai RM2.75 bilion semalam.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 602.59 juta unit bernilai RM87.87 juta, berbanding 562.61 juta unit bernilai RM95.49 juta pada Rabu.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 440.99 juta saham bernilai RM59.64 juta daripada 344.17 juta saham bernilai RM60.41 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menyumbang 67.68 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian (232.28 juta), pembinaan (295.01 juta), perdagangan dan perkhidmatan (1.24 bilion), teknologi (81.13 juta), infrastruktur (28.4 juta), SPAC (5.53 juta ), kewangan (76.64 juta), hotel (3.52 juta), hartanah (187.45 juta), perladangan (38.98 juta), perlombongan (43,300), REIT (15.95 juta) dan dana tertutup (3,400)

- BERNAMA

565 dibaca
Berita Harian X