Rabu, 16 Mei 2018 | 2:54pm

Had paling rendah MyEG, George Kent

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities menetapkan harga had paling rendah untuk MyEG Services Bhd dan George Kent (M) Bhd berkuat kuasa hari ini berikutan penurunan mendadak harga saham kedua-dua syarikat berkenaan sejak dua hari lalu.

Dalam satu makluman hari ini, Bursa Malaysia Securities menetapkan harga had paling rendah untuk MyEG pada RM1.27 manakala George Kent pada RM1.94.

Tambahnya, penetapan itu berikutan dagangan di kaunter berada pada penyusutan had statik untuk dua hari berturut-turut.

Pada Isnin, saham MyEG susut 53 sen kepada RM1.27 daripada RM1.80 pada Selasa minggu lalu, manakala George Kent susut 77 sen kepada RM1.94 daripada RM2.76 pada penutup hari dagangan sebelumnya.

Kedua-dua saham digantung sepanjang hari semalam bersama Gabungan AQRS Bhd and Excel Force MSC Bhd, memandangkan harga terakhir sekuriti berkenaan pada Isnin susut lebih 15 sen atau 15 peratus daripada harga rujukan. - BERNAMA

296 dibaca
Berita Harian X