Rabu, 16 Mei 2018 | 9:40am

Bursa Malaysia mengukuh

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka mengukuh pagi ini, tetapi kenaikan terhad.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) hampir mendatar pada 1,848.21, naik 0.01 mata, berbanding 1,848.2 penutup Selasa.

Indeks itu dibuka 3.63 mata lebih tinggi pada 1,851.83.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 158 berbanding 110, manakala 146 kaunter tidak berubah dengan 1,467 tidak didagangkan dan 19 yang lain digantung.

Sejumlah 152.36 juta saham bertukar tangan bernilai RM64.09 juta. - BERNAMA

655 dibaca
Berita Harian X