Rabu, 16 Mei 2018 | 8:31am
- Gambar hiasan

Minyak mengukuh

NEW YORK: Harga minyak mengukuh disokong kebimbangan sekatan ekonomi ke atas Iran akan mengehadkan eksport minyak mentah dari negara itu.

Brent ditutup pada AS$78.43 satu tong, naik 20 cent, atau 0.3 peratus, selepas mencecah paras puncak harian AS$79.47 satu tong, menokok AS$1.24 dan adalah paras tertinggi sejak November 2014.

West Texas Intermediate (WTI) 35 cent, atau 0.5 peratus, lebih tinggi pada AS$71.31 satu tong, juga tidak jauh daripada paras tertinggi harian AS$71.92, tertinggi sejak November 2014.

Perbezaan antara dua penanda aras itu semakin melebar kepada lebih AS$8 satu tong, perbezaan terbesar sejak April 2015, mencerminkan peningkatan bekalan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) dan risiko geopolitikal lebih besar kepada Brent. - Reuters

1379 dibaca
Berita Harian X