Selasa, 15 Mei 2018 | 6:23pm

Bursa Malaysia ditutup rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia gagal mempertahankan momentum belian pada sebahagian besar urus niaga hari ini apabila ditutup rendah ekoran jualan pada saat-saat akhir.

Pada penutup, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.22 mata kepada 1,848.2 berbanding 1,850.42 pada penutupan Isnin.

Indeks dibuka 6.8 mata lebih tinggi kepada 1,857.22 dan bergerak antara 1,848.2 dan 1,860.59 di sepanjang hari.

Seorang peniaga berkata berdasarkan situasi politik tempatan, pelabur dilihat mengalihkan pendedahan mereka daripada kaunter pembinaan kepada penggunaan, minyak dan gas serta kaunter berkaitan eksport.

Antara saham wajaran tinggi, Public Bank susut 80 sen kepada RM24, TNB turun lapan sen kepada RM15.92 manakala Petronas Chemicals turun 10 sen kepada RM8.60.

CIMB menokok 20 sen kepada RM6.75 manakala Maybank tidak berubah pada RM10.80.

Antara kaunter aktif, Advance Synergy meningkat sembilan sen kepada 22.5 sen, Sino Hua-an dan Priceworth meningkat 3.5 sen kepada 47 sen dan 26.5 sen, dan Eduspec menokok tiga sen kepada 12.5 sen.

Sapura Energy susut tiga sen kepada 81.5 sen.

Kedudukan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 561 berbanding 499, manakala 326 kaunter tidak berubah, 483 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 4.31 bilion unit bernilai RM4.44 bilion berbanding 6.58 bilion unit bernilai RM7.31 bilion semalam.

Indeks FBM Emas susut 11 mata kepada 12,879.37, FBM Ace turun 47.58 mata kepada 5,474.74 dan Indeks FBMT 100 susut 6.55 mata kepada 12,679.57.

Indeks FBM Emas Shariah naik 30.98 mata kepada 13,040.54 dan FBM 70 menambah 22.11 mata kepada 15,176.07.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 11.57 mata kepada 18,202.46, Indeks Perusahaan meningkat 17.27 mata kepada 3,285.46 manakala

Indeks Perladangan melonjak 82.13 mata kepada 7,988.21.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 3.03 bilion saham bernilai RM4.22 bilion berbanding 4.59 bilion saham bernilai RM6.98 bilion semalam.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 693.48 juta unit bernilai RM92.02 juta berbanding 1.28 bilion unit bernilai RM165.53 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada RM576.48 juta saham bernilai RM129.95 juta, berbanding 696.72 juta saham bernilai RM159.43 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menyumbang sebanyak 37.83 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perindustrian (524.46 juta), pembinaan (306.8 juta), perdagangan dan perkhidmatan (1.53 bilion), teknologi (164.46 juta), infrastruktur (34.68 juta), SPAC (8.11 juta ), kewangan (109.93 juta), hotel (4.87 juta), hartanah (260.78 juta), perladangan (47.31 juta), perlombongan (31,200), REIT (6.67 juta) dan tertutup / dana (243,000).

- BERNAMA

614 dibaca
Berita Harian X