Selasa, 15 Mei 2018 | 10:03am

Ringgit dapat sokongan

KUALA LUMPUR: Ringgit tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sungguhpun kenaikan dalam mata wang itu susulan Rizab Persekutuan mengisyaratkan kenaikan lanjut kadar faedah, kata peniaga.

Pada 9.00 pagi, ringgit disebut pada harga 3.9480/9510 berbanding dolar AS daripada 3.9480/9530 penutup Isnin.

Peniaga berkata, ringgit mendapat sokongan daripada pembeli tempatan pasca pilihan raya. - BERNAMA

4192 dibaca
Berita Harian X