Selasa, 17 April 2018 | 10:34am

Saham KL dibuka lebih rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pagi ini selepas ditutup tinggi semalam, selain sentimen pasaran kekal berhati-hati menjelang laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China yang diumumkan hari ini.

Pada jam 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) 5.52 mata lebih rendah kepada 1,873.24 daripada penutup semalam iaitu 1,878.76.

Indeks dibuka 4.65 mata lebih lemah kepada 1,874.11.

Pasaran bagaimanapun berada pada jajaran positif dengan 157 kaunter untung berbanding 73 rugi, sementara 164 kaunter tidak berubah, 1,511 tidak didagangkan dan 27 lagi digantung.

Jumlah pasaran berada pada 111.96 juta unit saham bernilai RM48.15 juta.

Antara saham berwajaran tinggi ialah KLCC dan IHH di mana kedua-duanya tidak berubah masing-masing kepada RM7.25 dan RM6.10, PPB menambah 24 sen kepada RM18.84, Digi.Com menokok empat sen kepada RM4.58, sementara MISC susut tujuh sen kepada RM6.97.

Di kalangan kaunter rugi, SimePLT susut 13 sen kepada RM5.51, Malpac jatuh 11.5 sen kepada 98.5 sen, SPSetia susut 11 sen kepada RM3.09 dan TNB jatuh lapan sen kepada RM15.86.

Antara kaunter aktif, UMWOG dan SKH, masing-masing tidak berubah kepada 31.5 sen dan sembilan sen, SapNRG susut setengah sen kepada 76 sen, sementara INIX menambah 1.5 sen kepada sembilan sen.

-- BERNAMA

97 dibaca
Berita Harian X