Rabu, 14 March 2018 | 7:28pm
RINGGIT memadam keuntungan semalam untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat hari ini. - Foto hiasan

Ringgit ditutup rendah

KUALA LUMPUR: Ringgit memadam keuntungan semalam untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, didorong sentimen negatif berikutan penggantian Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), menyebabkan ketidakstabilan dolar AS, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit disebut harga pada 3.9040/9080 berbanding dolar AS daripada 3.8950/9010 semasa ditutup semalam.

"Dolar AS menerima tekanan berikutan pemecatan Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson, yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur.

"Kebimbangan terhadap pentadbiran Presiden AS, Donal Trump memadamkan selera risiko global," kata peniaga.

Sementara itu, berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan lebih rendah.

Ia susut berbanding dolar AS kepada 2.9786/9830 daripada 2.9645/9692 pada Selasa dan merosot berbanding yen kepada 3.6630/6674 daripada 3.6348/6410.

Ringgit juga susut berbanding euro kepada 4.8273/8334 daripada 4.8021/8099 pada Selasa dan menyusut berbanding pound British kepada 5.4453/4524 daripada 5.4063/4161 sebelumnya. - BERNAMA

319 dibaca
Berita Harian X