Rabu, 14 March 2018 | 5:29pm

Bursa Malaysia ditutup rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, selari dengan prestasi ekuiti global dan serantau berikutan aktiviti pengambilan keuntungan, kata peniaga.

Katanya, ia sekali gus menyebabkan kebanyakan indeks menyusut sepanjang sesi dagangan.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 6.97 mata lebih rendah pada 1,857.06 daripada 1,964.03 semasa ditutup semalam.

Selepas dibuka 1.54 mata lebih rendah pada 1,862.49 pagi tadi, indeks bergerak antara 1,855.14 dan 1,863.67 sepanjang sesi dagangan.

-BERNAMA

80 dibaca
Berita Harian X