Rabu, 14 March 2018 | 10:02am

Ringgit terus kukuh berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit kekal tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan hari ini disebabkan permintaan belian berterusan selain manfaat daripada kejatuhan dolar AS akibat pemecatan secara tiba-tiba Setiausaha Negara Amerika Syarikat.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 3.8920 / 8970 berbanding 3.8950 / 9010 pada Selasa.

"Presiden AS, Donald Trump, menunjukkan Rex Tillerson, pintu keluar Whitehouse dalam semalaman.

"Sementara itu, indeks harga pengguna AS yang lemah dan hasil AS yang lebih baik menyaksikan permintaan semalaman yang menggalakkan untuk ringgit," kata Ketua Perdagangan Asia-Pasifik OANDA, Stephen Innes.

Semalam, Jabatan Perangkaan mengeluarkan indeks pengeluaran perindustrian Malaysia, yang meningkat tiga peratus tahun ke tahun pada Januari 2018, jauh di bawah jangkaan pasaran sebanyak 7.1 peratus.

Ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9678 / 9721 daripada 2.9645 / 9692 pada Selasa dan lemah berbanding pound British kepada 5.4398 / 4472 daripada 5.4063 / 4161.

Berbanding yen, ringgit lebih rendah pada 3.6476 / 6530 daripada 3.6348 / 6410 dan lemah berbanding euro pada 4.8234 / 8307 daripada 4.8021 / 8099. -BERNAMA

782 dibaca
Berita Harian X